Jumaat, 25 Februari 2011

Merang Dulu Dan Sekarang



Merang pada tahun 1983 pandangan dari bawah Bukit Merang. Bersebelahan dengan bangunan itu terletaknya balai cerap milik KUSZA.





Atas Bukit Merang di mana terletaknya Rumah Rehat berhampiran dengan Balai Cerap KUSZA



Belakang Bukit Merang pemandangan yang dapat dilihat pada tahun 1983.




Merang pada masa sekarang pandangan dari Atas Bukit Merang.




Pemandangan Di Lagun Merang sekarang.




Pengkalan untuk ke Pulau Redang. Pengkalan ini dibina bagi menggantikan jeti yang telah dibina tetapi tidak dapat berfungsi dengan baik.







Isnin, 21 Februari 2011

~Bermesra Dengan Kelah Di Tasik Kenyir~


Lihatlah betapa jinaknya ikan-ikan kelah ini. Ribuan ikan ini akan segera menyambar makanan yang ditabur ke dalam air. Seronok tidak terhingga ...masakan tidak apabila kita meletakkan kaki kita ke dalam air ikan-ikan tersebut terus menerkam dan menggigit jari-jari kaki. Apa lagi riuh rendah mulut kami menjerit kerana kegelian.


Ikan kelah berebut-rebut menyambar makanan yang ditabur ke dalam sungai... lihat mulut ikan itu ternganga-nganga menanti makanan. 



Lihatlah betapa jinaknya ikan-ikan kelah itu berebut-berebut menyambar makanan..sehingga boleh dipegang...










Sabtu, 12 Februari 2011

~Sakit Sebagai Penebus Dosa~

                                           ~Gambar sekadar Hiasan~

Petang tadi aku berpeluang menziarahi saudara ku yang sakit di Hospital Sultanah Nur Zahirah. Saudara ku itu telah ditempatkan di wad ICU kerana telah jatuh pengsan dengan tiba-tiba disuatu pagi.


Sampai disana aku terus menuju ke wad tersebut. Ramainya pelawat-pelawat yang datang untuk menziarahi sanak saudara dan sahabat handai masing-masing.


Maklum saja lah wad ICU tidak boleh masuk ramai-ramai hanya dua orang pelawat sahaja dibenarkan masuk pada satu masa. Aku dan suami yang dapat masuk dahulu. Diperjalanan untuk sampai ke wad tersebut bermacam-macam ragam pesakit dapat dilihat.

Terharu sungguh rasa hati melihat pesakit-pesakit tersebut. Kebanyakan pesakit yang dimasukkan di dalam wad ini semuanya dalam keadaan yang amat tenat. Seluruh badan pesakit dipenuhi dengan wayar-wayar dan degupan jantung dibantu oleh mesin-mesin. 

Dapat aku bayangkan macammana kalau aku berada ditempat mereka. Pada masa ini rasanya sudah tidak berguna segala kemewahan hidup. Rasanya hidup sudah tidak bererti lagi. Oleh itu manafaatkan kehidupan sebelum datang sakit sebagaimana sabda Rasulullah rebutlah lima perkara sebelum datang lima perkara.   

Setelah beberapa minit di wad ICU aku beredar ke wad 6 untuk melawat kawan sepejabatku yang telah sekian lama mengidap penyakit kanser. Alangkah terkejutnya aku apabila melihat dia. Aku hampir tidak mengenali dirinya. Badannya amat kurus dan tidak bermaya. Airmata ku hampir menitis melihat keadaan dirinya.

Dari raut wajah dan susuk badannya aku dapat menggambarkan penderitaan yang ditanggung olehnya. Tak tahan rasa hati apabila melihat dirinya. Semuga Allah mengurangkan penderitaan yang ditanggung olehnya. Sesungguhnya sakit yang diberi oleh Allah SWT itu adalah sebagai penebus segala dosa-dosa yang telah kita lakukan disepanjang hidup kita jikalau kita bersabar dengan dugaannya itu.    

Khamis, 10 Februari 2011

~Bahaya Sedang Mengundang~

Hai cik Adik bahaya tu...dibuatnya tersalah patah dahan tu..naya. Malang tak berbau dik..dalam air tu..
        Kepada ibu bapa awasi anak-anak ketika bermain dengan air banjir.

~Fenomena Banjir~


Banjir merupakan satu fenomena yang biasa terjadi pada penghujung tahun. Kebiasaannya banjir terjadi  antara bulan Oktober hingga Disember di setiap tahun. Berhati-hati ketika bermain dengan air banjir.  Banjir juga boleh meragut nyawa. Air yang kita lihat dalam gambar ini adalah separas dada orang dewasa. Bayangkan jikalau budak kecik yang berbaju merah tu terjatuh ke dalam air....Clup...clup...dah lah tak tau berenang.

Ahad, 30 Januari 2011

~Sukanya Hati Ini~

As Salam...untuk semua kawan2..sukanya hati ini bukan kepalang bila dapat berjumpa dengan kawan2 yang telah sekian terpisah walaupun hanya berjumpa di alam maya.

Masing-masing sudah meningkat usia....mungkin dah ada yang bercucu. Kalau dulu semuanya slim meling belaka tapi sekarang saiz dah bertambah..

Kalau dulu rambut semua hitam sekarang dah jadi berbelang-belang...hitam putih..hitam putih...