Isnin, 25 Julai 2016

Resepi

  Assalamualaikum...kita masih lagi dalam mood raya...jamuan raya masih lagi diadakan dimana-mana...hari ni rasa nak meneroka resepi2 kegemaran..tup2 terjumpa resepi kuih gulung ni...rasa macam nak cuba buat..terima kasih kepada penyumbang resepi semuga ianya menjadi salah satu dari amalan soleh...in shaa Allah.
Resepi Kuih Ketayap Asli dan Sedap
Sumber Asal Resepi :Resepi Cikgu Ani
Bahan-bahan untuk buat Kulit Ketayap:
  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 biji telur
  • 3 helai daun pandan
  • 1 1/2 cawan santan
  • 1 1/2 sdt garam
  • 2 sdm minyak masak
  • Beberapa titis pewarna hijau (jika perlu)
Cara Membuat Kulit Ketayap
  • Blend daun pandan yang telah dipotong pendek-pendek dengan santan. 
  • Tapis dan perah.Campurkan semua bahan kulit, gaul rata.
  • Masukkan adunan ke dalam blender dan kisar hingga adunan sebati. (guna kaedah ni, adunan tak perlu ditapis untuk mengelakkan tepung yang bergentel.
  • Panaskan kuali. Guna api yang perlahan.
  • Sapukan kuali dengan sedikit minyak. (Saya simpulkan sehelai daun pandan dan sapu minyak menggunakannya).
  • Masukkan satu senduk adunan ke dalam kuali dan dadarkan adunan dengan melayang-layangkan kuali.
  • Biarkan kuih masak. (Tidak perlu diterbalikkan. Cukup jika dilihat atasnya sudah berwarna hijau semuanya.
  • Angkat. Ketepikan.
  • Ulang langkah yang sama hingga adunan habis. 
  • Sementara menanti kuih di dalam kuali masak, bolehlah dibubuh inti pada kuih dadar yang dah siap tadi.
  • Ambil sesudu penuh inti (nak lebih pun boleh). Letak di atas permukaan atas kuih. \
  • Ratakan. Lipat kiri dan kanan kuih. Gulung dengan kemas. Ke tepikan. 
  • Bila proses memasak dan mengintikan sudah siap, bolehlah dihidangkan
Bahan Inti Kuih Ketayap
  • 1/2 biji kelapa parut - ambil putihnya sahaja
  • 3/4 cawan gula merah - kalau tak suka manis, boleh kurangkan.
  • 1/2 sdt garam
  • 2 helai daun pandan - disimpulkan
  • 1/2 cawan air
  • 2 sdm tepung gandum
Cara Membuat Inti Ketayap
  • Didihkan air dalam kuali. Masukkan gula merah, garam dan daun pandan. Masak hingga gula larut.
  • Masukkan kelapa parut. Kacau sekali-sekala hingga airnya kering.
  • Bila inti dalam keadaan agak-agak lembab, taburkan tepung gandum. Kacau rata. (Fungsi tepung ialah supaya inti melekat dan tidak berderai).
  • Sejukkan inti.

Ahad, 26 Julai 2015

Assalamualaikum..

Lamanya tak menjenguk kat sini....dah berkulat blog aku...
kerana kesuntukan masa maka tidaklah dapat aku berceloteh dekat sini. Bercerita dan berkongsi apa-apa cerita yang boleh memberi manafaat...

Nak cerita apa hari ni ya...sekarang ni musim raya..hari-hari ada jamuan raya. Kekenyangan!! Bila kenyang mulalah mata jadi mengantuk. Kalau diikutkan hati mau jer aku tidur...

Kenapa idea aku begitu kelat nak keluar ni...aduss memang kering idea. Matapun dah hampir tertutup rapat....berenti dulu..kita jumpa lagi..tata titi tutu....asssalamualaikum... 
     


 

Rabu, 24 April 2013

Assalamualaikum semua...pejam celik..pejam celik ramadhan dah sampai ke penghujungnya.....tak lama lagi hari raya akan menjelma...

Bagi suri-suri rumah sudah mula ligat mempersiapkan apa2 yang patut untuk menyambut hari raya...baju raya anak2, langsir, sarung kusyen semua dah siap...kueh2 yang ditempah pun dah menimbun2 sampai..

Sedar tak sedar duit pun dah mula surut....huhu....lepas raya ni kita pakat gigit jari...

Jumaat, 25 Februari 2011

Merang Dulu Dan Sekarang



Merang pada tahun 1983 pandangan dari bawah Bukit Merang. Bersebelahan dengan bangunan itu terletaknya balai cerap milik KUSZA.





Atas Bukit Merang di mana terletaknya Rumah Rehat berhampiran dengan Balai Cerap KUSZA



Belakang Bukit Merang pemandangan yang dapat dilihat pada tahun 1983.




Merang pada masa sekarang pandangan dari Atas Bukit Merang.




Pemandangan Di Lagun Merang sekarang.




Pengkalan untuk ke Pulau Redang. Pengkalan ini dibina bagi menggantikan jeti yang telah dibina tetapi tidak dapat berfungsi dengan baik.







Isnin, 21 Februari 2011

~Bermesra Dengan Kelah Di Tasik Kenyir~


Lihatlah betapa jinaknya ikan-ikan kelah ini. Ribuan ikan ini akan segera menyambar makanan yang ditabur ke dalam air. Seronok tidak terhingga ...masakan tidak apabila kita meletakkan kaki kita ke dalam air ikan-ikan tersebut terus menerkam dan menggigit jari-jari kaki. Apa lagi riuh rendah mulut kami menjerit kerana kegelian.


Ikan kelah berebut-rebut menyambar makanan yang ditabur ke dalam sungai... lihat mulut ikan itu ternganga-nganga menanti makanan. 



Lihatlah betapa jinaknya ikan-ikan kelah itu berebut-berebut menyambar makanan..sehingga boleh dipegang...










Sabtu, 12 Februari 2011

~Sakit Sebagai Penebus Dosa~

                                           ~Gambar sekadar Hiasan~

Petang tadi aku berpeluang menziarahi saudara ku yang sakit di Hospital Sultanah Nur Zahirah. Saudara ku itu telah ditempatkan di wad ICU kerana telah jatuh pengsan dengan tiba-tiba disuatu pagi.


Sampai disana aku terus menuju ke wad tersebut. Ramainya pelawat-pelawat yang datang untuk menziarahi sanak saudara dan sahabat handai masing-masing.


Maklum saja lah wad ICU tidak boleh masuk ramai-ramai hanya dua orang pelawat sahaja dibenarkan masuk pada satu masa. Aku dan suami yang dapat masuk dahulu. Diperjalanan untuk sampai ke wad tersebut bermacam-macam ragam pesakit dapat dilihat.

Terharu sungguh rasa hati melihat pesakit-pesakit tersebut. Kebanyakan pesakit yang dimasukkan di dalam wad ini semuanya dalam keadaan yang amat tenat. Seluruh badan pesakit dipenuhi dengan wayar-wayar dan degupan jantung dibantu oleh mesin-mesin. 

Dapat aku bayangkan macammana kalau aku berada ditempat mereka. Pada masa ini rasanya sudah tidak berguna segala kemewahan hidup. Rasanya hidup sudah tidak bererti lagi. Oleh itu manafaatkan kehidupan sebelum datang sakit sebagaimana sabda Rasulullah rebutlah lima perkara sebelum datang lima perkara.   

Setelah beberapa minit di wad ICU aku beredar ke wad 6 untuk melawat kawan sepejabatku yang telah sekian lama mengidap penyakit kanser. Alangkah terkejutnya aku apabila melihat dia. Aku hampir tidak mengenali dirinya. Badannya amat kurus dan tidak bermaya. Airmata ku hampir menitis melihat keadaan dirinya.

Dari raut wajah dan susuk badannya aku dapat menggambarkan penderitaan yang ditanggung olehnya. Tak tahan rasa hati apabila melihat dirinya. Semuga Allah mengurangkan penderitaan yang ditanggung olehnya. Sesungguhnya sakit yang diberi oleh Allah SWT itu adalah sebagai penebus segala dosa-dosa yang telah kita lakukan disepanjang hidup kita jikalau kita bersabar dengan dugaannya itu.    

Khamis, 10 Februari 2011

~Bahaya Sedang Mengundang~

Hai cik Adik bahaya tu...dibuatnya tersalah patah dahan tu..naya. Malang tak berbau dik..dalam air tu..
        Kepada ibu bapa awasi anak-anak ketika bermain dengan air banjir.

~Fenomena Banjir~


Banjir merupakan satu fenomena yang biasa terjadi pada penghujung tahun. Kebiasaannya banjir terjadi  antara bulan Oktober hingga Disember di setiap tahun. Berhati-hati ketika bermain dengan air banjir.  Banjir juga boleh meragut nyawa. Air yang kita lihat dalam gambar ini adalah separas dada orang dewasa. Bayangkan jikalau budak kecik yang berbaju merah tu terjatuh ke dalam air....Clup...clup...dah lah tak tau berenang.