Sabtu, 12 Februari 2011

~Sakit Sebagai Penebus Dosa~

                                           ~Gambar sekadar Hiasan~

Petang tadi aku berpeluang menziarahi saudara ku yang sakit di Hospital Sultanah Nur Zahirah. Saudara ku itu telah ditempatkan di wad ICU kerana telah jatuh pengsan dengan tiba-tiba disuatu pagi.


Sampai disana aku terus menuju ke wad tersebut. Ramainya pelawat-pelawat yang datang untuk menziarahi sanak saudara dan sahabat handai masing-masing.


Maklum saja lah wad ICU tidak boleh masuk ramai-ramai hanya dua orang pelawat sahaja dibenarkan masuk pada satu masa. Aku dan suami yang dapat masuk dahulu. Diperjalanan untuk sampai ke wad tersebut bermacam-macam ragam pesakit dapat dilihat.

Terharu sungguh rasa hati melihat pesakit-pesakit tersebut. Kebanyakan pesakit yang dimasukkan di dalam wad ini semuanya dalam keadaan yang amat tenat. Seluruh badan pesakit dipenuhi dengan wayar-wayar dan degupan jantung dibantu oleh mesin-mesin. 

Dapat aku bayangkan macammana kalau aku berada ditempat mereka. Pada masa ini rasanya sudah tidak berguna segala kemewahan hidup. Rasanya hidup sudah tidak bererti lagi. Oleh itu manafaatkan kehidupan sebelum datang sakit sebagaimana sabda Rasulullah rebutlah lima perkara sebelum datang lima perkara.   

Setelah beberapa minit di wad ICU aku beredar ke wad 6 untuk melawat kawan sepejabatku yang telah sekian lama mengidap penyakit kanser. Alangkah terkejutnya aku apabila melihat dia. Aku hampir tidak mengenali dirinya. Badannya amat kurus dan tidak bermaya. Airmata ku hampir menitis melihat keadaan dirinya.

Dari raut wajah dan susuk badannya aku dapat menggambarkan penderitaan yang ditanggung olehnya. Tak tahan rasa hati apabila melihat dirinya. Semuga Allah mengurangkan penderitaan yang ditanggung olehnya. Sesungguhnya sakit yang diberi oleh Allah SWT itu adalah sebagai penebus segala dosa-dosa yang telah kita lakukan disepanjang hidup kita jikalau kita bersabar dengan dugaannya itu.    

Tiada ulasan:

Catat Ulasan